Friday, December 5, 2008

Mengapa Perlu Insurans

"Mengapa Perlu Insurans
"

Muhammad Hisyam bin Mohamad

Fellow: 16/01/2007 -( Berita Harian )

Musibah adalah ketentuan daripada Allah s.w.t. Ia merupakan satu ujian atau cubaan ke atas umat manusia bagi menguji tahap kesabaran mereka. Ini dijelaskan oleh Allah s.w.t melalui firmannya di dalam surah al-Baqarah ayat 155-157 yang bermaksud:

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman.Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar [155].Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali [156].Mereka itulah orang yang dilimpahi dengan kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk hidayah-Nya [157].

Ada kalanya musibah ini merupakan satu ujian yang berpunca daripada perbuatan manusia itu sendiri. Lantas Allah s.w.t menurunkan balanya agar manusia kembali sedar akan kesilapan yang mereka lakukan dan kembali mengamalkan apa yang dianjurkan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Hal ini dapat diperhatikan melalui firman Allah s.w.t di dalam surah ar-Ruum ayat ke-41 yang bermaksud:

Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).

Sebagai hamba, kita perlu menerima ketentuan ilahi dan perlu pasrah kepada qada' dan qadarNya. Bagaimanapun ini bukan bermaksud kita perlu berdiam diri tanpa perlu berikhtiar untuk mengelak ia daripada terjadi atau mengurangkan risiko yang bakal menimpa jika berlaku.

Islam mengajar kita supaya sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya ujian ini. Dengan kata lain, tanpa persediaan awal, kita mungkin berhadapan dengan risiko yang lebih berat lagi kesan daripada ujian tadi.

Sehubungan dengan itu, risiko-risiko ini perlu diurus dengan bijaksana supaya kesannya dapat dikurangkan dan tidak memberi kesan yang mendalam ke atas ketahanan fikiran dan jasmani manusia.

Dalam hal ini, konsep takaful merupakan kaedah pengurusan risiko yang boleh diterimapakai untuk mengurangkan penderitaan yang bakal ditanggung akibat musibah yang mungkin melanda.

Risiko yang dimaksudkan di dalam konsep takaful merujuk kepada kerugian yang ditanggung akibat kehilangan atau kemusnahan harta benda (takaful am); dan perkara-perkara yang berkait dengan tubuh badan manusia seperti nyawa, penyakit dan sebagainya (takaful keluarga).

Bagaimanapun, bila kita membicarakan tentang persoalan yang berkaitan dengan perlindungan menerusi sistem takaful, kita lebih cenderung untuk memikirkan perlindungan ke atas diri dan nyawa. Kita lebih memikirkan untuk melindungi diri daripada penyakit-penyakit kritikal, perlindungan persaraan atau pendidikan anak-anak berbanding dengan keperluan untuk melindungi harta benda.

Risiko yang berkaitan dengan harta benda sekarang ini memang banyak. Kita perlu melindungi harta kita daripada kecurian, kebakaran, banjir, ribut, kemalangan, gempa bumi dan sebagainya.

Bukan bermaksud untuk mengatakan bahawa perlindungan takaful keluarga tidak penting, tetapi kita sebenarnya perlu mengimbangi pengurusan risiko agar ia merangkumi kedua-dua aspek iaitu nyawa dan harta benda.

Dalam kes bencana banjir yang sering melanda negara pada setiap penghujung dan awal tahun, penduduk rata-rata mengalami kemusnahan tempat tinggal dan harta benda. Premis perniagaan serta kenderaan juga tidak terkecuali. Bagi yang mengambil perlindungan takaful , mungkin mereka boleh mengemukakan permohonan untuk mendapatkan pampasan kepada syarikat pengendali takaful mereka. Manakala, bagi mereka yang tidak mempunyai sebarang pelan perlindungan, ia merupakan satu yang mendukacitakan.

Produk-produk takaful am seperti takaful kebakaran, takaful pemilik dan isi rumah (houseowner's and householder's takaful) merupakan antara produk-produk yang menawarkan perlindungan ke atas harta benda kita jika terjadi sebarang bencana seperti kebakaran, kecurian mahupun banjir.

Bagaimanapun produk-produk yang dinyatakan di atas hanya melindungi bangunan, rumah atau apartmen yang diperbuat daripada konkrit sepenuhnya. Ini merupakan satu kekangan kepada pemilik-pemilik rumah kayu terutamanya yang tinggal di desa-desa untuk menyertai skim takaful di atas.

Rumah sebagaimana yang kita tahu adalah satu keperluan. Rumah yang selesa berperanan dalam mewujudkan satu persekitaran kehidupan yang positif kepada warganya. Ini bertepatan dengan maksud hadis berikut:

Daripada Saad r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu isteri yang solehah, rumah kediaman yang luas (lapang), jiran yang baik dan kenderaan yang selesa". (Riwayat al-Baihaqi).

Mungkin sudah tiba masanya bagi pengendali takaful untuk memikirkan produk yang sesuai bagi para pemilik rumah kayu melindungi harta benda mereka daripada bencana-bencana yang biasa melanda negara seperti banjir ini.

Bagaimanapun pada masa yang sama, masyarakat perlu meningkatkan kesedaran dengan mengambil tahu cara-cara yang terbaik untuk mengurus risiko. Perlindungan takaful merupakan satu cara yang terbaik yang boleh digunapakai kerana ia selaras dengan kehendak syariah.

Memang kita mengakui bahawa tidak semua jenis kerugian itu dapat diatasi secara seratus peratus. Sebagai contohnya, kesan emosi atau trauma yang dialami akibat kehilangan harta atau kematian orang tersayang amat sukar untuk ditukarganti dengan pampasan wang ringgit. Bagaimana melalui pampasan yang terdapat di dalam konsep takaful , ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesan kerugian serta tekanan emosi yang terpaksa ditanggung oleh mereka yang ditimpa musibah ini.

Apa yang penting ialah perlu ada keseimbangan di antara pengurusan risiko ke atas nyawa / diri dan perlindungan risiko ke atas harta benda.

Akan tetapi kesedaran untuk menyertai takaful terutama di kalangan masyarakat Melayu beragama Islam masih lagi rendah.

Menurut Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Mohd. Razif Abdul Kadir, pada masa ini jumlah rakyat Malaysia yang memiliki insurans, hanyalah 44 peratus sahaja.

Jika ditinjau dari sudut penyertaan skim insurans konvensional, hanya 5-8% sahaja kaum Melayu mempunyai perlindungan insurans. Mungkin isu-isu yang berkaitan dengan syariah merupakan sebab utama orang Melayu kurang berminat untuk membeli insurans konvensional.

Apa yang peliknya, penyertaan mereka untuk mendapatkan perlindungan takaful juga rendah. Ini yang dikatakan kesedaran kepentingan untuk bertakaful masih lagi belum menjadi satu keutamaan di kalangan orang Islam di Malaysia.

Mungkin kesedaran untuk mendapatkan perlindungan secara Islam ini perlu diasuh dari peringkat kecil lagi di mana kempen-kempen perlu dimulakan di peringkat sekolah rendah atau menengah. Tidak pun ia dimasukkan ke dalam kursus-kursus perkahwinan bagi memberi kesedaran tentang peri pentingnya untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan bagi mereka yang ingin memasuki alam rumahtangga dan memulakan keluarga sendiri.

Surah Al Hajj ayat 40-41, Allah berfirman:


 
 

Sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong Agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah, lagi Maha Perkasa. Iaitu mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang munkar. Dan kepada Allah sahajalah kembali segala urusan.

Surah An Nur bilangan ayat ke 55:


 
 

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

"Jaminan Pendapatan"

(Pelan MESRA / WARISAN / SAKINAH) - contoh illustrasi

[INCOME PROTECTION]

Sumbangan Bulanan

RM 80

RM 100

RM 160

Tabung Khairat Kematian

RM 50,000.00

RM 100,000.00

RM 150,000.00

Tabung Hilang Upaya

RM 50,000.00

RM 100,000.00

RM 150,000.00

Tabung Penyakit Kritikal

RM 10,000.00

RM 20,000.00

RM 30,000.00

Pampasan Kemalangan

RM 10,000.00

RM 20,000.00

RM 30,001.00

Elaun Hospital

RM 40.00 sehari

RM 60.00 sehari

RM 80.00 sehari

 
 

"Tinggalkan anak & Isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta".

"PENDAPATAN TERJAMIN, KELUARGA BAHAGIA."

" Jaminan Pendidikan"

PELAN SARJANA – contoh illustrasi

Sumbangan Bulanan

RM 80

RM 100

RM 160

Tabung Khairat Kematian

RM 50,000.00

RM 65,000.00

RM 100,000.00

Tabung Biasiswa

RM 10,000.00

RM 20,000.00

RM 30,000.00

Elaun Hospital

RM 50.00 sehari

RM 80.00 sehari

RM 100.00 sehari


 

Umur anak akan Datang

RM 80

RM 100

RM 160

1

RM 27,500.00

RM 33,000.00

RM 55,000.00

2

RM 26,000.00

RM 31,000.00

RM 52,000.00

3

RM 24,000.00

RM 29,000.00

RM 48,000.00

4

RM 22,500.00

RM 27,000.00

RM 44,000.00

5

RM 20,000.00

RM 25,000.00

RM 41,000.00

6

RM 19,000.00

RM 23,000.00

RM 38,000.00

7

RM 17,000.00

RM 21,000.00

RM 34,000.00

8

RM 15,500.00

RM 19,000.00

RM 31,000.00

"PENDIDIKAN TERJAMIN, CERAH MASA HADAPAN."


 

MESRA

PRIMA

WARISAN

EHSAN

SAKINAH

SARJANA

Merupakan pelan takaful keluarga yang menawarkan perlindungan serta simpanan

untuk masa hadapan. Pelan ini ditawarkan kepada individu yang berumur antara 6 bulan hingga 60 tahun sahaja.

Merupakan pelan Takaful Keluarga yang menawarkan perlindungan serta simpanan

yang dapat memenuhi keperluan semasa Peserta. Pelan ini ditawarkan kepada

individu yang berumur antara 6 bulan hingga 54 tahun sahaja.

Pelan ini memberikan jaminan Manfaat Perolehan setiap 3 tahun (anggaran 10% dari amaun perlindungan atas andaian pulangan pelaburan sebanyak 4% keatas Akaun

Khas Peserta)

Kadar pulangan yang lebih tinggi atau rendah akan mengubah jumlah pembayaran ini.

Merupakan pelan Takaful Keluarga yang mempunyai kelebihan dari segi Perlindungan dan simpanan . Pelan ini ditawarkan kepada individu yang berumur

antara 6 bulan 55 tahun sahaja

Pelan ini memberikan perlindungan jangka panjang sehingga ke usia 88 tahun di

mana peserta mempunyai taga pilihan tempoh sumbangan sehingga ke umur 55, 60

atau 65 tahun.

Merupakan pelan Takaful Keluarga yang menawarkan perlindungan sahaja. Pelan ini ditawarkan untuk individu yang berumur antara 18 hingga 55 tahun sahaja (pada tarikh lahir akan datang)

Perlindungan sekeluarga dengan hanya satu pelan dan satu sumbangan.

SAKINAH adalah satu-satunya pelan Takaful Keluarga yang menawarkan khidmat perlindungan

menyeluruh dengan hanya menyertai satu pelan. Selain itu, pelan ini juga menawarkan fleksibiliti bagi

pasangan suami isteri atau ibubapa dan anak-anak. Pelan ini adalah berlandaskan prinsip Syariah.

Jenis Pelan yang Ditawarkan

SAKINAH menawarkan dua jenis pelan yang dapat memberi pilihan kepada mereka yang ingin menyertainya.

Sakinah 1 – Bertempoh dengan Simpanan

Sakinah 2 – Bertempoh

Merupakan pelan takaful keluarga yang menawarkan penyediaan tabung pendidikan kanak-kanak beserta

perlindungan yang komprehensif untuk jangkamasa pertengahan dan panjang


 

Saturday, June 28, 2008

MAAKL Mutual Bhd: Introduction to Investment with mutual funds via MAAKL Mutual Fund

WHO ARE WE?
PROFIL SYARIKAT Dahulunya dikenali sebagai MAA Mutual Bhd : Anak Syarikat MAA Holding Bhd, tersenarai di Bursa Malaysia : Ditubuhkan pada 16 Oktober 2000 with shareholders’ funds of RM24.864 million* : Menguruskan 22 Dana Amanah dengan saiz aset berjumlah RM 1.296 Billion** : Mempunyai 5 cawangan, 3 pusat perkhidmatan dan 76 pusat pungutan di seluruh negara : Merupakan syarikat amanah saham yang diiktiraf oleh KWSP dan Kementerian Kewangan untuk mengendalikan pelaburan ahli

Trustee :
HSBC (Malaysia) Trustee Berhad
Mayban Trustees Berhad

Shariah Advisor :

Islamic Banking and Finance Institute Malaysia Sdn Bhd (IBFIM) has been appointed as Shariah Adviser for all MAAKL MUTUAL Islamic Funds.

IBFIM was incorporated on 13th April 1995 and commenced operations on 1st August 1995.

IBFIM promotes and facilitates the understanding and appreciation of the philosophy and principles of Islamic Financial System.



Pelaburan Unit Trust @ Mutual Funds : KITA sebagai Pelabur


Setiap dana ada buku persetujuan yang kita panggil deed. Tujuan dia adalah untuk bg guide lines. Cth : Al-Faid. Al-Faid adalah syariah fund. Ini bermakna ia tidak boleh masuk ke kaunter yang bukan syariah seperti Magnum,Toto, Genting dll. U.T Industry regulated oleh Suruhanjaya Sekuriti di bawah Akta SCA 1993 dan GUTF.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Faedah Faedah Daripada Pelaburan di MAAKL Mutual Funds

Diuruskan oleh “Professional Fund Managers” yang sentiasa peka kepada situasi pasaran saham

Pelaburan yang selamat dan diawasi oleh pemegang amanah

Risiko pelaburan yang lebih terkawal dengan adanya pembahagian didalam pelaburan

Tidak memerlukan kertas kerja pengurusan yang banyak

Tidak memerlukan modal permulaan yang tinggi

Liquiditi yang mudah dan cepat Mempunyai potensi pulangan yang tinggi


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dana di MAAKL Mutual Funds


Dana2 ini di pecahkan kepada 2 iaitu pertama ialah Konventional dan kedua ialah Syariah.
Syariah biasanya warna hijau dan Konventional ialah Biru.


Tanda * bermaksud : fund yg tidakboleh di laburkan melalui skim EPF


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------



fund ekuiti : merah. meaning :: share, saham…etc

Bond : hijau

Money Market : kuning

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RISIKO DAN PULANGAN PELABURAN




-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MAAKL MUTUAL FUNDS PERFORMANCE

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

  • Walaupun money Market & bond return agak rendah sekitar 2-4%. Tapi jika dibandingkan dgn Fixed Deposit ( FD ), kita still lagi better sebab FD kena tolak tax lagi sebanyak 26% akan tetapi dlm U.T, Tax dikecualikan. Jika dicomparekan dgn EPF... Cth : Al-Fauzan return 20.95%, dan ini seolah-olah kita simpan duit kita dalam EPF selama 4 tahun. lagipun EPF account 1 is untouchable dan ini adalah 1 cara nak gandakan ia adalah melalui U.T.


  • Biasanya market ni, kalau Ekuiti tak bgs..maka Bond akan jadi bgs. Contohnya dalam tahun 2005 bond blh bagi return sampai 7-9%. Jadi apabila market ekuiti tak bgs, kita switchkan lah ke Bond.Switch dan Redemption charge is FREE. Untuk Cash dalam 1 tahun kita bg 2X Free. Next kena charge RM25 sahaja. Jika Kita switch thru online, RM15 sahaja.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Cara untuk membuat pelaburan di MAAKL Mutual Funds?

1.Cash investment
i - Lump Sum (eg. Rm10,000, min Rm1000) (by Cheque, Money Order or Direct Bank In)
Maybank AC No 5140-7533-8273
Std Chartered AC No 3121-4358-4446
ii - Regular Investment
(eg. Rm100/mth) (Auto Debit / Standing Instruction )
iii- Maybank2u / RHB Online

Cara pelaburan melalui tunai atau simpanan bulanan

  • Anda boleh juga melakukan simpanan secara bulanan atau tunai ( lump sum )
  • Permulaan adalah RM1,000 dan bulanan bergantung kepada anda

Contoh: Berapa Pulangan Anda Sekiranya Menyimpan RM100 Sebulan ( Permulaan RM1,000 )


2. Melalui KWSP ( Dari Akaun 1 sahaja)


Cara pelaburan melalui EPF

Pengeluaran Pelaburan Simpanan Ahli
Pengeluaran ini membenarkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan melebihi RM5,000 dari jumlah
Simpanan Asas di dalam Akaun 1 melaburkan sebahagian daripada jumlah simpanan tersebut melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
Jumlah Yang Boleh Dilaburkan
Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000.00 dan tidak melebihi 20 % dari jumlah simpanan yang melebihi jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun 1.
  • Pelaburan boleh dibuat setiap 3 bulan sekali.

  • Umur pelabur mestilah kurang dari 55 tahun.

  • Syarat-syarat am prosedur di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli yang lain masih kekal dan tidak berubah.

  • Jumlah Simpanan Asas & contoh pengiraan adalah seperti berikut :-


• Based on information released by EPF, 72% of the EPF contributors spend all their money within three years. This could be an alarming fact to EPF contributors as the life expectancy of Malaysians has increases over the years. This means that we may need more money to fund our retirement.
• To maintain a quality and healthy lifestyle, we must manage our money wisely and use our savings prudently upon retirement.
• EPF contributors may choose to invest in EPF government approved investment scheme to maximise their EPF savings.